SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Selasa, 31 Mei 2011

POSITIF, POSITIF, POSITIF

Jika kita mencari sesuatu yang buruk dalam diri seseorang , kita akan jumpa perkara-perkara buruk dalam hidup kita juga.

What you see in people is what you get for yourself!

Baik buruknya kita lihat pada orang lain itu jugalah yang kita akan dapat dalam hidup kita.

Bila kita memandang buruk pada seseorang, kita akan bertemu dengan situasi-situasi buruk, perkara-perkara buruk, orang-orang berperangai buruk serta seringkali di timpa hal-hal buruk.

Kenapa ini semua terjadi pada kita? Sebab minda kita di dominasi oleh hal-hal buruk.

Oleh itu, minda kita akan terbentuk untuk menarik perkara2 yang buruk-buruk saja ke dalam hidup kita. Ini akan menyusahkan kita dalam jangka masa panjang!

Kita sepatutnya menggunakan minda untuk menyenangkan kita, bukan untuk menyusahkan.

Pandanglah setiap orang sebagai orang yang memiliki potensi besar untuk menjadi orang berjaya tak kira siapapun mereka.

Pandanglah orang-orang di sekeliling kita sebagai insan yang layak untuk berjaya bahkan amat berpotensi untuk berjaya jika berusaha.

Bila kita memandang baik pada orang lain minda kita akan di dominasi oleh hal-hal yang .baik.

Tiada ulasan: