SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Khamis, 2 Jun 2011

LALANG OH LALANG

Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.

Lalang oh lalang

Memanglah lalang terlentok-lentok apabila ditiup angin, namun ianya tidak menentang angin, ianya mengikut arus angin. Ia serupalah seperti menghadapi cabaran demi cabaran. Bukahkah ini adalah motivasi dan jati diri yang bagus.

Padi langsung tak boleh dibandingkan dengan lalang yang lebih mampu menghadapi suasana yang jauh mencabar. Jika pokok padi terkulai dan rosak akibat hujan atau kemarau, pasti tuan punya sawah itu merasa sangat kecewa. Mesti tangkap leleh, silap-silap akan memaki hamun Allah atas dugaan yang dihadapinya.

Tetapi lalang, tiada siapa yang akan menangis jika keadaan yang sebegitu berlaku pada lalang. Namun sebenarnya tiada sesiapa juga yang akan gembira jika perkara yang sama berlaku pada lalang. Pertamanya, lalang tak ada peminat atau penilai yang baik. Keduanya, menangis dan ketawa melihat lalang musnah seketika cuma perbuatan yang sia-sia. Esok lusa, tumbuh semula generasi yang baru. Ini adalah motivasi dan jati diri yang bagus.

Lalang biasanya kekal berada pada asasnya walaupun pokok-pokok besar tumbang dilanda badai. Lalang akan kembali tegak seperti biasa selepas tiupan angin berhenti. Semua tekanan diserap dengan baik, dan lalang kembali hidup seperti biasa. Lalang mungkin takde pendirian yang tetap, tapi normallah bagi setiap hamba Allah. Pasti inginkan perubahan bergantung pada suasana cabaran.

Motivasi dan jati diri yang seterusnya adalah Lalang sukar dimusnahkan. Angin cuma membuatkan ianya terlentok-lentok. Membakar satu kawasan yang penuh dengan lalang mungkin jalan yang baik, tetapi anda pasti akan dimarahi oleh pihak bomba yang prihatin dengan lalang. Lagipun, generasi lalang yang baru akan tumbuh kembali sebaik sahaja tanah yang panas membakar itu sejuk kembali. Serupalah juga dengan meracun lalang, ianya boleh dianggap satu kerugian kerana generasi lalang yang baru akan tumbuh semua.

Lalang juga tak punya musuh yang ramai. Mungkin cuma manusia sahaja yang memusuhinya tapi manusia taklah seberani mana. Manusia mana yang berani menempuh padang lalang untuk cari jalan dijadikan shortcut, kalau ada pun pasti masyarakat sekitar menganggap manusia itu buang tabiat. Situasi buang tabiat akan membuatkan kita berada dalam keadaan tersepit. Tiada siapa yang mahu. Bukan sahaja pokok lalang itu yang menjadi kesukaran, di bawah semak lalang itu pun pasti menjadi bahaya jika manusia cuba menempuh padang lalang tersebut. Lembu tidak berminat menjadikan lalang santapan rasmi memandangkan lalang memiliki sisi tepi yang sangat tajam. Lebih tajam dari pisau.
Anda boleh cuba mencabut lalang dan akarnya dari tanah. Pertahanan lalang sangat jitu, bukan sahaja tangan dan jari jemari luka. Bahkan ingin mencabut lalang bukan tugas yang easy. Kebiasaannya akar lalang berjaya dicabut berserta dengan gumpalan tanah yang penuh melekat pada setiap akar yang bersirat. Ia menjadi jawapan, kenapa lalang tidak tercabut bila dilanda badai yang kuat. Akar yang bersirat itulah menjadi pusat pertahanan untuk lalang. Bukahkah ini boleh dijadikan motivasi dan jati diri yang bagus.

Lalang boleh hidup di mana sahaja, juga boleh hidup dalam suasana yang ekstrem. Kita boleh menemui lalang di mana sahaja. Tepi longkang, tepi tasik, tepi paya, di bukit, gunung serta padang pasir (gurun).Sememangnya lalang kelihatan menyusahkan pada manusia.
Ianya tidak mendapat tempat di hati manusia. Namun ada pihak sengaja menanam lalang untuk menyuburkan tanah. Selepas ini, jika akan insan yang menyamakan anda dengan lalang.Bergembiralah. Lalang penuh dengan motivasi dan jati diri yang bagus.



Tiada ulasan: