SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Isnin, 13 Jun 2011

'KUBUR KATA MAREEEEE!!!!!!


 
Kubur dah panggil tetapi Astro Prima cakap ' Nanti dulu....Kita Nyanyi Dulu'Mula-mula dengan AF.  Ape nak jadi dengan pewaris bangsa kita ni. Hampir 99% bangsa melayu. Melayu yang meloyakan.

Astro dah lahirkan bakat-bakat baru menerusi Akademi Fantasia







KINI....Astro juga bakal melahirkan bintang di kalangan mereka yang berumur 45 tahun ke atas pula. Antara peserta yang layak.......'Tanpa melalui ujibakat"
 

Pada hari ini, Astro Prima telah memperkenalkan sebuah lagi program berbentuk pertandingan nyanyian yang diberi nama Kilauan Emas.
 
Dengan adanya, Kilauan Emas nanti, pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang ada bakat menyanyi akan jadi bintang. Mana tahu kan? Sudah tentu, ramai kat luar sana yang ada bakat tapi tiada platform nak tunjuk bakat. Lagi pun, pertandingan ini terbuka kepada semua orang, tak kira bangsa, tak kira agama, tak kiralah, kalau anda artis pun boleh masuk. Syaratnya, kenalah berumur dari 45 tahun ke atas.

Sabtu, 11 Jun 2011

Bila Masalah Datang..

Jika masalah datang pada anda, apa yang anda akan lakukan? Walau apapun jawapannya, yang pasti lain individu lain tindakan dan reaksinya terhadap masalah yang mendatang. Sebagai manusia biasa, kita tidak akan sunyi daripada menerima ujian masalah. Kadang-kadang masalah itu datang dalam bentuk yang kecil dan ada waktunya ia datang dengan beban yang besar. Masalah besar ini pula selalu buat kita terduduk dan putus harapan. 


Bagi mereka yang lemah semangat, masalah besar inilah yang selalu membuatkan diri jadi putus asa dan hilang kepercayaan diri. Sebenarnya masalah itu adalah satu kemestian untuk setiap mereka yang bergelar manusia


Ini kerana tanpa masalah seseorang itu tidak akan belajar apa-apa dalam hidup ini. Kerana masalah itulah yang membuatkan seseorang itu menjadi matang dan teguh dalam menjalani kehidupan ini. Kata orang masalah itu selalu membuatkan seseorang itu pening kepala. 


Tapi sebenarnya pening itu adalah tanda adanya peninggkatan dalam diri. Memang bukan mudah berdepan dengan masalah dan cabaran hidup ini tetapi bukan juga susah untuk mencari jalan keluar dari apa-apa pun masalah yang datang. Pendek kata tidak ada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, apabila masalah itu datang jangan lari tetapi hadapilah masalah itu dengan penuh keberanian dan kebijaksanaan.

Jumaat, 10 Jun 2011

BRAIN DAMAGING HABITS





1. No Breakfast

People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.


2 . Overeating=2 0
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.


3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.


4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.


5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our 20 body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.


6 . Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest.. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells..


7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.


9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.


10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

JIKA AKU BOLEH. KENAPA ANDA TIDAK????

Belum hilang kenangan terindah semasa di Paris,Beijing, Sydney, Umrah, Tokyo,Perth, Swistzerland dan Hongkong Disneyland (akan berlepas pada 16hb Jun ini), Kini berpeluang untuk melancung ke destinasi ke 9.

                **Holland** Belgium** Umrah**

Belum terlambat utk sy berkongsi dengan anda semua,
Maybe ramai yang dah tahu, next trip Akademi Taipan akan membimbing anda
bagaimana utk fight ke **Holland** Belgium** Umrah**
secara FOC (Free Of Charge yehaaaa)

Senang, mudah & memang menyeronokkan...
Hanya sekadar part2 time shj, suka2 akhirnya jatuh cinta
dengan bimbingan dan support AT 181... Dr kaca
yang tidak ternilai, kini digilap sepenuhnya menjadi
permata yang bersinar & berkilauan... Syukur Alhamdulillah...
 
Mana mungkin semua ini akan saya perolehi jika saya tidak ada keberanian dan keyakinan untuk mengubah kehidupan saya yang penuh dengan pahit getir. 

So kepada yang berminat utk mengetahui lebih lanjut
utk join my team ke
**Holland** Belgium** Umrah**
hello hello segera ya...
Saya tunjukkan cara yang paling mudah
utk anda tersenarai ke sana...
YehaAAAAA

  HJ CHA  012 2530181
   Email:  rtajee@yahoo.com.my


TIAP SESUATU BERMULA DENGAN NIAT.

Ingin tahu cara untuk mencapai tujuan anda secara terancang? Ikuti panduan berikut: Catatkan apa yang anda mahukan. Senaraikan. Niatkan bahawa anda ingin mencapai apa hajat anda. Ini adalah berhubungan dengan psikologi – ANDA AKAN MENDAPATKAN APA YANG ANDA FOKUSKAN. Jelaskan matlamat anda. Fokuskan matlamat yang terpenting. Apa yang anda catatkan itu akan menjadi niat atau matlamat anda – supaya anda tidak lari dari tujuan utama anda.

Ingatlah, apa yang anda catatkan sebagai niat anda, ia sebenarnya merangsang saraf dan sel otak dan ingatan anda, menjadi impian anda yang dan merupakan panduan bagi anda untuk bertindak. Otak anda hebat. Ingat. Berbillion sel dalam otak anda akan memandu anda untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan.

REZEKI MELIMPAH RUAH

REZEKI MELIMPAH RUAH

Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya. Supaya kita mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita berpegang kepada 2 perkara itu, kita se-lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran, hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada Allah. Wallahu a’lam.

Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagi rezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang amat pedih.

Dari al-Quran, “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi…” (Al-A’raf: 96)

Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam, melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”(H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.)

Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telah menjanjikan ni’mat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.”

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.”

Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah “al-Waaqiah” tiap tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca surah ‘al-Waaqiah’ tidak akan jadi miskin selama-lamanya.”

Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.) Hadis ini bukanlah bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung, ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Niza’: 100)

Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala, nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita-citanya dan memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiada diusahanya yakni dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada dibicarakannya.”

Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: “Barangsiapa yang kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: “Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Khamis, 9 Jun 2011

Pelabur -pelabur ASN/ASB tertipu. Betul ke ni????


ASB/ASN Haram – Jabatan Mufti Negeri Selangor

"Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal"

Ulasan Ustaz Azhar: Nabi dah pesan supaya jauhkan yg syubhah dan yg haram..org beriman bila dengar benda haram datang rasa taqwa dalam hatinya manakala orang munafiq akan marah2 dan cari jalan utk melepaskan diri dari kelihatan
bersalah..

Rabu, 8 Jun 2011

Lihatlah kebesaran Allah SWT. Mungkin satu kebetulan?

03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat ) Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis) dikongsi oleh Syed Ubed..

IMPIAN YANG ORANG-ORANG BIASA YANG TAK PERNAH IMPIKAN


JUN 2011 - OKT 2011 kempen melancong bermula lagi. Kali ini destinasi yang di tunggu-tunggu iaitu BELGIUM / AMSTERDEM / MENGERJAKAN UMRAH. Destinasi yang sangat indah dan penuh dengan keajaiban. Amsterdem adalah satu destinasi dimana daratnya adalah di bawah paras laut....(laut lebih tinggi dari daratan). Destinasi percuma yang anda semua tidak patut lepaskan. Jom sama-sama kita fight untuk ke destinasi indah ini....

nak pegi tak

INILAH KONSEP 1 MALAYSIA

JANGAN TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN INI. HIDUP 1 MALAYSIA.
The Sexiest Woman Politicians

10 Ahli Politik Wanita Terseksi di Dunia





10. Sitrida Geagea – Ahli Politik Lebanon


9. Hillary Clinton – Ahli Politik USA


8. Belinda Stronach – Anggota Parlimen Canada


7. Julia Gillard – Wakil Perdana Menteri Australia


6. Cristina Fernadez de Kirchner – Presiden Argentina


5. Ruby Dhalla – Ahli Politik Canada


4. Sarah Palin – Gabernur Alaska, USA


3. Yulia Tymoshenko – Perdana Menteri Ukraine


2. Mara Rosaria Carfagna – Menteri Itali


1. The Number 1 - Sexiest Woman Politician in the World

Where is she from? You can never guess it.

1Malaysia.


-

Jumaat, 3 Jun 2011

RASUAH OH RASUAH. KAU PEMUSNAH MANUSIA

PENTINGNYA ILMU

'Sesiapa yang inginkan DUNIA hendaklah dengan ILMU, sesiapa yang inginkan AKHIRAT hendaklah dengan ILMU, dan sesiapa yang inginkan DUNIA DAN AKHIRAT juga hendaklah dengan ILMU'

SETINGGI MANA KEMAHUAN KITA UNTUK BERJAYA??

1 perkara yang anda perlu ada kalau ingin menjalankan atau berjaya dalam MLM

Hari ini kalau ditanya kepada ramai, “apakah 1 perkara yang perlu ada sebelum kita boleh menjalankan bisnes MLM?”. Antara jawapan yang selalu kita peroleh ialah, “modal, dan skill.” Mereka kata, “kalau ada skill baru boleh buat bisnes”. Atau pun mereka akan berkata,”kalau ada modal baru boleh buat bisnes”. Adakah itu benar?

Sekali pandang memang ada benarnya, tetapi sebenarnya bukan itu yang perlu ada dahulu sebelum kita boleh mulakan bisnes MLM ini. Perkara pertama yang perlu ada kalau kita ingin menjalankan bisnes MLM ialah “kemahuan”.

Kita buat sesuatu sebab kita mahu. Tidak kira sama ada kita mempunyai kelengkapan seperti modal atau skill atau pun tidak, kita akan buat juga sebab kita mahu.

Lihat contoh, kenapa kita mahu kahwin, sebab kita ‘mahu’ akan pasangan kita itu, bukannya sebab kita dah ada duit. Daripada tidak ada duit, kita akan berusaha mendapatkannya, kadang-kadang sampai berhutang, kerana kita mahu kahwin.

Hari ini pun ramai yang belum kahwin walaupun sudah mempunyai kewangan yang cukup, kenapa? Ya! mereka belum ada kemahuan.

Samalah juga situasi sewaktu kita belajar berbasikal atau pun berenang. Adakah sebab kita sudah ada skill berenang atau berbasikal maka barulah kita hendak belajar menunggang basikal atau berenang. Sudah tentu tidak bukan.

Mana datangnya skill kalau kita tidak berusaha mendapatkannya. Kenapa kita cuba juga mendapatkan skill berenang atau pun berbasikal? Ya! kerana kita mahu.

KAWAN ATAU LAWAN????


“I am a success today because I had a friend who believed in me and I didn’t have the heart to let him down…” – Abraham Lincoln

Apabila Anda menjumpai seorang rakan yang percaya pada kebolehan Anda, bakat Anda dan nampak potensi Anda untuk menjadi orang berjaya, kawan macam ni la yang Anda jaga sentiasa. Dia seseorang yang amat berharga kerana dia akan menjadi booster motivasi Anda.

Dalam usaha memburu kejayaan, Anda akan sentiasa memerlukan sokongan daripada orang lain di sekeliling Anda – ibu bapa, pasangan hidup Anda, kawan Anda. Mendapat sokongan penuh dari seorang kawan sudah cukup untuk membuat Anda bermotivasi.

Cari kawan yang nampak potensi diri Anda untuk menjadi orang berjaya. Jauhkan diri kawan yang suka mengkondem Anda dan yang mentertawakan impian anda.


Khamis, 2 Jun 2011

LALANG OH LALANG

Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.

Lalang oh lalang

Memanglah lalang terlentok-lentok apabila ditiup angin, namun ianya tidak menentang angin, ianya mengikut arus angin. Ia serupalah seperti menghadapi cabaran demi cabaran. Bukahkah ini adalah motivasi dan jati diri yang bagus.

Padi langsung tak boleh dibandingkan dengan lalang yang lebih mampu menghadapi suasana yang jauh mencabar. Jika pokok padi terkulai dan rosak akibat hujan atau kemarau, pasti tuan punya sawah itu merasa sangat kecewa. Mesti tangkap leleh, silap-silap akan memaki hamun Allah atas dugaan yang dihadapinya.

Tetapi lalang, tiada siapa yang akan menangis jika keadaan yang sebegitu berlaku pada lalang. Namun sebenarnya tiada sesiapa juga yang akan gembira jika perkara yang sama berlaku pada lalang. Pertamanya, lalang tak ada peminat atau penilai yang baik. Keduanya, menangis dan ketawa melihat lalang musnah seketika cuma perbuatan yang sia-sia. Esok lusa, tumbuh semula generasi yang baru. Ini adalah motivasi dan jati diri yang bagus.

Lalang biasanya kekal berada pada asasnya walaupun pokok-pokok besar tumbang dilanda badai. Lalang akan kembali tegak seperti biasa selepas tiupan angin berhenti. Semua tekanan diserap dengan baik, dan lalang kembali hidup seperti biasa. Lalang mungkin takde pendirian yang tetap, tapi normallah bagi setiap hamba Allah. Pasti inginkan perubahan bergantung pada suasana cabaran.

Motivasi dan jati diri yang seterusnya adalah Lalang sukar dimusnahkan. Angin cuma membuatkan ianya terlentok-lentok. Membakar satu kawasan yang penuh dengan lalang mungkin jalan yang baik, tetapi anda pasti akan dimarahi oleh pihak bomba yang prihatin dengan lalang. Lagipun, generasi lalang yang baru akan tumbuh kembali sebaik sahaja tanah yang panas membakar itu sejuk kembali. Serupalah juga dengan meracun lalang, ianya boleh dianggap satu kerugian kerana generasi lalang yang baru akan tumbuh semua.

Lalang juga tak punya musuh yang ramai. Mungkin cuma manusia sahaja yang memusuhinya tapi manusia taklah seberani mana. Manusia mana yang berani menempuh padang lalang untuk cari jalan dijadikan shortcut, kalau ada pun pasti masyarakat sekitar menganggap manusia itu buang tabiat. Situasi buang tabiat akan membuatkan kita berada dalam keadaan tersepit. Tiada siapa yang mahu. Bukan sahaja pokok lalang itu yang menjadi kesukaran, di bawah semak lalang itu pun pasti menjadi bahaya jika manusia cuba menempuh padang lalang tersebut. Lembu tidak berminat menjadikan lalang santapan rasmi memandangkan lalang memiliki sisi tepi yang sangat tajam. Lebih tajam dari pisau.
Anda boleh cuba mencabut lalang dan akarnya dari tanah. Pertahanan lalang sangat jitu, bukan sahaja tangan dan jari jemari luka. Bahkan ingin mencabut lalang bukan tugas yang easy. Kebiasaannya akar lalang berjaya dicabut berserta dengan gumpalan tanah yang penuh melekat pada setiap akar yang bersirat. Ia menjadi jawapan, kenapa lalang tidak tercabut bila dilanda badai yang kuat. Akar yang bersirat itulah menjadi pusat pertahanan untuk lalang. Bukahkah ini boleh dijadikan motivasi dan jati diri yang bagus.

Lalang boleh hidup di mana sahaja, juga boleh hidup dalam suasana yang ekstrem. Kita boleh menemui lalang di mana sahaja. Tepi longkang, tepi tasik, tepi paya, di bukit, gunung serta padang pasir (gurun).Sememangnya lalang kelihatan menyusahkan pada manusia.
Ianya tidak mendapat tempat di hati manusia. Namun ada pihak sengaja menanam lalang untuk menyuburkan tanah. Selepas ini, jika akan insan yang menyamakan anda dengan lalang.Bergembiralah. Lalang penuh dengan motivasi dan jati diri yang bagus.