AKADEMI TAIPAN 181 N9
Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa…datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”
SALAM PERKENALAN
- HIRZAN BAZLI BIN M HAROON FAHMIE
- Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
pengikut
Isnin, 25 Februari 2013
Rabu, 19 Oktober 2011
INI PILIHAN KITA SENDIRI
15 Tanda Orang Itu Malas
1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi ingkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi mereka payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
Kegagalan bermula di minda
Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita.
Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dengan minda, bahkan dari minda.
Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang.
Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan.
Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar.
Fikiran kita bertindak seperti doa.
Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu.
Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita.
Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekejerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan.
Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan.
Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah.
Bangkit dari kegagalan satu perkara yang memerlukan kemahiran.
Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran.
Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang Anda ucapkan pada diri sendiri.
Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.

MENGULANGKAJI UNTUK KETAHUI DIMANA SILAP KITA
Bagaimana Untuk Elak Perkataan ‘Tidak’ Ketika Menaja
Prospek berkualiti memang sukar dicari.Jika anda perasaan, perkataan ‘tidak’ adalah satu perkataan yang tidak mahu didengar oleh usahawan MLM. Lebih-lebih lagi ketika mereka sedang berusaha untuk menaja seseorang. Tahukah anda bahawa ayat ‘tidak’ ini biasanya mendorong kepada situasi yang negatif?
Sebagai contoh…
“Aku TIDAK berminat dengan peluang perniagaan”
“Aku TIDAK berminat dengan produk”
“Aku TIDAK mempunyai masa untuk buat bisnes ini”
Dan banyak lagi.
Bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan perkataan tidak ini. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi menangkis ayat ‘tidak’.
Tindakan #1 – Memahami Dengan Siapa Anda Bercakap
Teknik berkomunikasi
Adalah penting dalam perniagaan MLM. Tindakan pertama yang perlu anda lakukan ialah memahami siapa yang anda mahu taja. Siapakah mereka?
Dengan memahami prospek anda lebih mendalam, ia akan memudahkan anda untuk mengetahui ‘killer point’ supaya mereka berasa sukar untuk berkata tidak dalam apa jua yang anda sampaikan.
Sebagai contoh, Abu (bukan nama sebenar) mengalami masalah kewangan dimana beliau dibebani hutang akibat meminjam wang daripada Ah Long untuk membayar duit sewa rumah, kereta dan sebagainya.
Maka anda boleh jadikan poin ini sebagai ‘killer point’ untuk mewujudkan emosi dalam diri Abu supaya beliau memikirkan sedalam yang mungkin untuk menerima sebarang tawaran daripada anda seperti bersetuju menjadi downline atau membeli produk yang akan menyelesaikan masalah mereka.
Tindakan #2 – Untuk Memahami, Kita Harus Mendengar
Tindakan pertama yang kita bincang sebentar tadi adalah tentang memahami prospek anda. Persoalannya sekarang ialah… Bagaimana untuk kita memahami prospek jika kita baru sahaja berkenalan dengan mereka?Dalam kes Abu tadi, ia hanya akan berlaku jika prospek tersebut rakan baik anda. Dimana anda mampu untuk mengenali diri mereka dengan lebih rapat.
Jika anda baru sahaja berkenalan dengan prospek, maka ia memerlukan sedikit masa untuk memahami diri mereka dengan lebih mendalam menggunakan satu teknik yang berkuasa iaitu… Mendengar. (Listening)
Proses mendengar juga harus disertakan dengan soalan yang baik supaya jawapan yang anda terima sesuai untuk dijadikan sebagai ‘killer point’.
Tindakan #3 – Jangan Tabur Janji Manis!
Memandangkan situasi perniagaan MLM semakin teruk dimana ramai orang berprasangka buruk tentang bisnes ini, maka anda seharusnya jaga mulut sebaik yang mungkin. Rata-rata usahawan MLM yang baru seringkali melakukan kesilapan dengan memberikan janji-janji manis seperti kemewahan dan material kepada prospek.Ada sesetengah mereka berpendapat bahawa teknik ini berkesan. Tetapi pandangan saya berbeza. Kita tidak seharusnya menjanjikan sesuatu yang kita tidak boleh tunaikan. Ia hanya akan mendorong kepada kekecewaan kepada prospek dan apa yang paling menyedihkan ialah hilangnya kepercayaan mereka terhadap diri kita.
Untuk meyakinkan prospek dengan lebih baik (tanpa taburkan janji manis), kita boleh tawarkan mereka kerjasama yang berterusan seperti mengadakan perjumpaan setiap minggu bagi membincangkan strategi perniagaan dan juga bantuan dari segi pemasaran dan jualan.
Jika Mereka Masih Kata Tidak?
Tidak dinafikan bahawa segala usaha yang telah kita lakukan akan berakhir dengan kekecewaan. Jika perkara tersebut berlaku, maka anggaplah diri anda sudah berusaha sebaik mungkin dan peluang itu mungkin tidak sesuai dengan prospek anda.Carilah prospek yang baru dan sentiasa yakin rezeki itu ada dimana-mana. Patah tumbuh, hilang berganti. Prospek berkualiti memang sukar dicari.
Selasa, 18 Oktober 2011
DARIPADA KEGAGALAN KITA BELAJAR
| Daripada lompong-lompong kesilapan kita itu, kita belajar. |
Ramai orang takut untuk silap. Silap dan salah kadangkala dipandang sebagai sesuatu yang amat negatif dalam kehidupan insan. Ya, kalau kita lihat secara sekali lalu – silap dan salah – sememangnya adalah negatif.
Tetapi sebagai manusia, kita tak akan mampu mengelak diri daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tidak kira sehebat mana pun kita mempersiapkan diri, akan wujud juga keadaan-keadaan di mana kita melakukan kesilapan.
Ramai orang fobia dengan kesalahan dan kesilapan. Kerana mereka takut, ada celoreng hitam dalam perjalanan kehidupan mereka. Namun sebenarnya, kegagalan, kesilapan, kesalahan bukanlah sesuatu yang negatif 100%.
Kita patut memandang kegagalan, kesilapan dan kesalahan itu daripada luar kotak kebiasaan.
Kita ingat kita dah faham
Kadangkala, kita bersedia hingga sampai tahap kita merasakan bahawa kita telah faham atau merasakan bahawa kita telah mampu melakukan terhadap sesuatu perkara.
Untuk soalan periksa kita rasa kita sudah boleh jawab semua jenis soalan. Untuk tugasan kerja kita rasa kita mampu melakukan apa sahaja yang mendatang.
Namun tiba-tiba, kita melakukan kesilapan. Apa yang kita faham rupanya tidak tepat. Apa yang kita siap sediakan rupanya tidak kena dengan apa yang dikehendaki dalam pekerjaan. Kita telah tersalah. Kita gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Kita gagal dalam melakukan kerja yang terbaik.
Di sini kalau keimanan itu wujud bersama kita, pertama sekali kita akan pulang bersangka baik kepada Allah SWT.
“Mustahil Allah nak zalim pada aku.”
Hal ini kerana, jelas wujud di dalam Hadith yang ke-24, dalam Hadith 40 Karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah: Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Ia berfirman : “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman…” Hadith Riwayat Muslim.
Maka kita akan melihat semula kesilapan kita itu.
“Kenapa aku silap? Di mana aku silap? Macam mana aku boleh tersilap.”
Dan ketahuilah, apabila kita muhasabah semula, kita akan mendapat satu perkara baru. Pengajaran baru. Yang mana sekiranya Allah izin kita tidak silap dalam kesilapan kita tadi, kita tidak akan mempelajari pengajaran tersebut. Kita tidak akan mengetahuinya. Namun dengan kasih sayang Allah SWT, dengan hikmahNya yang tersangat luas, Allah ingin kita melihat sesuatu. Sebab itu disilapkan kita. Tidakkah kita memerhatikan?
Keberanian mengambil risiko
Apabila mempunyai rasa tidak takut untuk melakukan kesilapan, tidak takut untuk gagal, maka kita akan mempunyai kekuatan untuk mengambil risiko. Semestinya mengambil risiko sekiranya boleh, kita patut elakkan. Namun akan wujud situasi-situasi di mana, walaupun selepas perkiraan yang rapi, tetap wujud risiko yang menanti. Maka di situlah ketidak takutan untuk melakukan kesilapan tadi memberikan kekuatan untuk mengecas keberanian kita dalam mengambil risiko tadi.
Hal ini kerana, kita yakin bahawa, sekiranya kita tersilap, kita akan mempelajari sesuatu yang baru lagi.
Membaca kehidupan, kadangkala 1000 kali lebih bermakna dari membaca buku
Akhirnya apabila mendalami perkara ini, yakni belajar daripada kesilapan ini, kita akan melihat bahawa kesilapan, kegagalan, kesalahan, itu semua adalah pelengkap kepada kehidupan. Orang yang memerhatikan kesilapannya semula, kegagalannya semula, akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi, kepekaan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah peduli akan kegagalan mereka.
Inilah dia apa yang suka saya katakan sebagai ‘membaca kehidupan’. Bukan sekadar bergantung kepada teori-teori di dalam buku semata-mata. Namun melihat juga apa yang telah kita lalui di dalam kehidupan kita.
Belajar daripada kesilapan, belajar daripada kegagalan
ltu semua banyak membantu untuk membina satu peribadi yang lebih mantap.
Tidak semestinya perlu silap dahulu. Ada orang akan berkata kepada saya:
“Kalau macam itu, kita tak payah susah-susah belajar. Biar gagal dulu. Lepas gagal baru belajar.” Saya tersenyum dan tertawa. Beginilah, mudahnya saya katakan begini:
“Kalau ada orang yang dah pernah terjun dalam api, dan kemudian cakap api itu panas, bersama bukti yang kukuh menunjukkan kecelakaan yang boleh dibawa oleh penerjunan ke dalam api(ada kesan kulit terbakar pada tubuh dia dan sebagainya), agak-agak wujudkah keperluan untuk kita turun ke dalam api juga?”
Tidak semestinya kita perlu silap dahulu. Belajar daripada kesilapan orang lain juga adalah salah satu seni. Namun, apabila tiba masanya bila kita tidak lagi mempunyai pilihan melainkan berhadapan dengan risiko untuk melakukan kesilapan, maka jangan takut. Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bergeraklah.
Kalau berjaya itu alhamdulillah. Kalau gagal itu, kita belajar lagi. Dan semestinya, bila kita gagal, kita akan nampak sesuatu yang selama ini rupanya kita tidak perasan, melainkan apabila kita gagal.
Kadang-kadang, kejayaan atas angin kita itu, tak punya makna.
Tahukah apa itu kejayaan atas angin? Itulah dia kejayaan palsu.
Contoh, kita berjaya di dalam peperiksaan bukan kerana kita pakar atau faham dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi bernasib baik. Bernasib baik kerana sudah ada soalan bocor. Nasib baik kerana apa yang kita baru baca pada malam peperiksaan masuk. Nasib baik kerana, pensyarah tambahkan markah. Nasib baik kerana, kita sudah buat banyak latih tubi, dan jenis-jenis soalan tersebut masuk periksa.
Ini adalah kejayaan yang pada saya tak ada maknanya. Sebab kita sebenarnya tidak akan mampu memanfaatkan ilmu di dalam hal ini. Kita sebenarnya tidak pakar. Kita sebenarnya bodoh. Kita hanya bernasib baik. Berbelas A, atau segulung ijazah tidak bermakna sekiranya kita berjaya demikian.
Maka, dalam situasi ini, pada saya, kalau kita gagal, kalau kita tidak mendapat markah yang baik, kadangkala itu lebih baik. Moga-moga apabila kita gagal itu, kita tergerak untuk belajar lagi, melihat semula mengapa kita gagal. Di mana kita gagal. Agar kita belajar lebih banyak lagi. Faham dengan lebih baik lagi.
Sebab itu kadang-kadang, orang-orang yang bermarkah rendah lebih memahami mata pelajaran, atau pengkhususan dalam kos yang diambilnya. Kerana bila mereka mendapat markah yang rendah, mereka mengulangkaji semula. Belajar semula. Memahaminya semula. Berbanding mereka yang ‘bernasib baik’, cemerlang dan kemudian tidak melihat semula.
Melihat kembali hikmah dalam kegagalan. Belajar dari kesilapan.
Pernah seorang pakcik berkata kepada saya, selepas saya kemalangan kenderaan.
“Memang begitulah. Nanti lepas ni, mesti lebih cekap bawa kereta.”
Saya tertawa. Tetapi memang betul. Selepas kemalangan itu, saya jadi lebih cekap. Lebih cermat. Lebih peka. Lebih sensitiv apabila memandu. Tidak leka dan lalai.
Belajar daripada kesilapan. Tetapi apakah kita mesti ‘mengkemalangankan’ diri kita baru nak sedar?
Tidak semestinya. Kita boleh mula belajar daripada kemalangan orang lain dahulu. Namun begitulah, kadangkala kita dah belajar dah daripada kemalangan orang lain. Kita dah usaha dah untuk cermat. Kita rasa kita dah paling sensitiv dah. Namun, apabila Allah izin kita kemalangan juga, akan terbukalah pintu-pintu ‘kecacatan’ yang selama ini rupanya kita tidak lihat.
Maka daripada kemalangan itu kita belajar lagi. Menjadi yang lebih baik lagi. Lebih baik dari apa yang kita rasa selama ini kita telah baik.
Dan begitulah dalam hal-hal yang lain. Kegagalan, kesilapan, kesalahan, semua itu hakikatnya adalah pengajaran halus daripada Allah SWT. Daripada semua itu, kita belajar,mengambil iktibar. Menjadi yang lebih baik lagi.

KEGAGALAN - PEMUSNAH ATAU PEMANGKIN KEJAYAAN?
Jika kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat lihat satu corak atau patterns yang telah mempengaruhi perjalanan hidup kita. Kebanyakkannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu, atau mungkin juga dari kekerapan berlakunya kegagalantu. Corak itu lah juga yang akan terus mempengaruhi masa depan hidup kita. Bak kata orang "Siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita".
Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu lagi bila mula-mula nak belajar berjalan. Asyik-asyik jatuh je. Tp bila jatuh berusaha bangun balik then jatuh lagi. X penah kenal erti putus asa. Ade kalanya bila kita jatuh kita senyum je & bangun berjalan balik. Jalan beberapa langkah, jatuh balik. Tp, masa tu jatuh silap landing & terhentak pulak kepala kat lantai. Puas kita nangis, tp.. bukan bermakna kita akan berhenti belajar berjalan sebab kesakitan tu.. Tak lama pastu bangun balik berjalan sikit-sikit sampai la satu masa tu kita dah x jatuh lagi. Jalan laju-laju, lompat-lompat dan kadang-kadang berlari-lari keriangan. Seronoknya rasa bila dah x jatuh-jatuh lagi & berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Tapi, bila dah seronok-seronok..dah cukup pandai berjalan & berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan kita pun terjatuh. Dari kecil lagi, Allah dah mengajar kita ertikegagalan, usaha dan tak kenal erti putus asa. Tapi, bila kita dah berjaya...lupa diri, lupa yg kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. Masa tu baru nak sedar & baru nak menangis. Mungkin ade peluang kedua dan mungkin jugak masa tu semua pintu peluang dah tertutup. Fikir-fikirkan la k.
Ingatlah, kanak-kanak tidak pernah kenal erti gagal bila mereka belajar berjalan. Mereka jatuh, jatuh, jatuh & jatuh. Kejatuhan tu jugak la yang telah mengajar mereka dan membuatkan mereka lebih kuat. Mungkin masa mula-mula jatuh, mesti nangis. Tp, lama-lama tu bila jatuh je cepat-cepat bangun & x nangis lagi. Setiap kegagalan tu adalah proses pembelajaran. Semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar & pengajaran diatas setiap kegagalan tu, semakin pantas kita dapat mencapai impian dan cita-cita kita. Dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu pembelajaran yang xkan pernah tamat.
Para-para sahabatku...
"Jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kau terus berjaya dan menjadi manusia-manusia berguna di muka bumi nie..."
Isnin, 17 Oktober 2011
BOLEHKE ????
Tanda Pribadi Berpotensi Sukses di MLM
1. Memiliki Impian yang JelasLangkah kerja yang dirancang oleh organisasi pendukung (Support System) di MLM biasanya sangat sederhana. Hal ini bertujuan agar mudah diduplikasi oleh setiap distributor MLM. Namun, langkah kerja di MLM yang sederhana, bagi mereka yang berpotensi sukses di MLM memandang bahwa berada di MLM bukan berarti tanpa perlu ’belajar’. Bagi mereka, belajar adalah sesuatu yang mutlak untuk bisa sukses di MLM. Semangat menjadi murid yang merupakan perwujudan spirit rendah hati tidak bisa ditawar lagi. Belajar tentang apa saja yang ada hubungan dalam rangka mewujudkan impian mereka lewat MLM.
ILMU....ILMU...ILMU.....
3 Faktor Utama Kegagalan Bisnes MLM
Setiap usahawan pernah menghadapi kegagalan. Ada yang gagal sekali, kemudian berjaya dalam percubaan kedua. Ada juga yang gagal berkali-kali tetapi masih tidak berputus asa kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. Cuma masa masih belum tiba masanya.Any successful entrepreneur will tell you that in order to be successful, you have to want to be successful and have a reason why you want to obtain success.
Saya juga sama seperti usahawan-usahawan MLM yang lain, melalui liku-liku kegagalan dalam bisnes. Sedarkah kita, apabila kita gagal dalam sesuatu, maka kita lebih cenderung untuk mencari ubat ajaib atau magik bagi menyempurnakan hajat yang kita idamkan?
Sebagai contoh, apabila kita gagal dalam bisnes MLM buat kali pertama, kita akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang menariknya, di sini kita akan lebih teruja untuk mendapatkan sistem-sistem yang kononnya menjanjikan kejayaan dalam sekelip mata.
Persoalannya sekarang… Kita sudah dapat lihat begitu banyak kegagalan dan tipu helah apabila menceburi perniagaan MLM. Adakah masih ada jalan untuk anda berjaya?
Anda Masih Mampu Untuk Kecapi Impian Dengan MLM
Saya tidak akan tabur janji-janji kosong kepada anda tetapi saya masih lagi berpegang kuat dan percaya bahawa masih lagi ada jalan untuk anda kecapi kejayaan. Bagaimanapun, ia memerlukan perubahan secara perlahan-lahan.
Apakah perubahan yang saya maksudkan ini?
Mengetahui faktor kegagalan… Kemudian mengubah kegagalan tersebut kepada faktor kejayaan. Konsep ini amat mudah untuk difahami. Jangan takut kerana apa yang perlu anda lakukan ialah betul-betul memahami 3 faktor kegagalan ini, kemudian bertindak segera bagi mengubahnya.
Faktor #1 – Kegagalan Berkomunikasi
Ini adalah faktor kegagalan paling ketara yang dapat saya lihat apabila seseorang itu gagal dalam bisnes MLM. Terlalu ramai orang bergantung pada sistem yang disediakan oleh syarikat pengedar.
Bagi mendalami skil komunikasi yang efektif, maka anda perlu belajar bagaimana untuk bercakap dengan prospek anda atau ia lebih dikenali sebagai ‘first hand communication’. Ini juga sering disalah tafsir oleh segelintir usahawan MLM dimana mereka menganggap ‘first hand communication’ berkait rapat dengan ‘cold calls’ dan ‘personal calls’.
Bagi anda yang takut untuk bercakap, maka gunakan kuasa internet iaitu emel. Tahukah anda bahawa kajian di Amerika Syarikat menggunakan pemasaran emel sebagai senjata utama bagi membina hubungan yang baik antara prospek dan penaja?
Menerusi emel, ia membenarkan kita untuk berkomunikasi, berhubung, berkongsi pandangan serta nasihat dan memberikan motivasi tanpa perlu berjumpa dengan mereka.
#2 Peluang Perniagaan Yang Tidak Realistik
Ini bukan sahaja faktor kegagalan usahawan, tetapi ia juga telah memburukkan nama-nama besar syarikat MLM. Dalam zaman kemelesetan ekonomi ini, kebanyakkan syarikat pengedar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan senarai pengedar aktif dalam jangka masa yang singkat bagi menggandakan keuntungan mereka.
Oleh demikian, mereka rela menawarkan peluang-peluang perniagaan yang langsung tidak masuk akal. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah syarikat A dimana mereka menawarkan kereta-kereta mewah jika pengedar berjaya mendaftar downline baru dalam jangka masa yang ditetapkan.
Peluang tersebut nampak lumayan, tetapi sedarkah bahawa anda sebenarnya ke landasan hutang yang lebih besar? Bagi si pemula, amat mustahil untuk anda mencapai jumlah pendapatan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Jika anda mampu pun, ia hanya akan bertahan untuk jangka masa beberapa bulan sahaja.
Oleh itu, pastikan anda meneliti semula syarikat yang anda sertai. Adakah peluang perniagaan yang mereka tawarkan realistik dan mampu dikecapi? Atau sekadar tawaran manis semata-mata?
#3 Tiada Matlamat dan Tiada Minat
Setiap kejayaan didorong oleh matlamat yang jelas serta tindakan drastik. Tanyalah sesiapa sahaja yang sudah berjaya dalam perniagaan MLM mereka, sudah tentu mereka akan jelaskan bahawa seseorang itu hanya akan berjaya jika mereka tahu ‘Mengapa’ mereka harus berjaya.
Menceburkan diri dalam bisnes ini tidak hanya berkait pada kemewahan material semata-mata. Bagi saya, setiap orang mahukan masa mereka sendiri supaya mereka boleh lakukan apa yang mereka suka dan boleh lakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu risau tentang kerja.
Saya sentiasa mahu berjaya dalam apa jua yang saya lakukan termasuk bisnes MLM. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu risau tentang masalah wang dan masa. Kerana kita sepatutnya tidak perlu menjadi hamba duit.
Kesimpulannya…
Untuk berjaya dalam bisnes MLM serta berjaya dalam hidup, anda perlu hargai apa yang anda lakukan hari ini dan cuba untuk seronok melakukannya. Apabila anda mempunyai keghairahan untuk berbisnes, maka kegagalan bukanlah penghalang.
Sentiasa ingat bahawa perniagaan MLM adalah perniagaan jangka masa panjang. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dalam kumpulan anda. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri. Cubalah yang terbaik untuk membantu kumpulan anda untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya.
ADAKAH ANDA TERGOLONG DIDALAM CIRI-CIRI BERIKUT???
Budaya keusahawanan
Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk berjaya.
Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong” (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.
Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk berjaya.
Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong” (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:
- Berani mengambil risiko.
- Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
- Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
- Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
- Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
- “Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
- Pandai merancang kehadapan.
- Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
- Kreatif dan inovatif.
- Tidak pemalu.
- Cekap berkomunikasi.
- Rajin bekerja.
- Cekap membina jaringan (networking).
- Mempunyai visi dan pandangan jauh.
- Cekap dan cepat membuat keputusan.
Ahad, 16 Oktober 2011
KEGAGALAN ADALAH PENGALAMAN MENUJU KEJAYAAN
Cabaran sebagai usahawan

Tadi saya berjumpa dengan 2 orang usahawan muda yang menjalankan perniagaan menjual air minuman dengan meletakkan rak yang berisi dengan botol kecil air mineral di masjid-masjid dan sekolah-sekolah di selangor.
Di tepi rak disediakan tabung untuk dimasukkan wang pada sesiapa yang berminat membeli air yang mereka jual dengan harga RM1.00 sebotol. Hasil jualan akan diberikan sebanyak 10% kepada masjid atau sekolah yang mereka tumpang.
Malangnya bagi mereka masjid yang saya uruskan halehwal ekonomi telah membuat keputusan untuk menjalankan sendiri jualan air minuman tersebut dan seluruh hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung masjid. Dalam mesyuarat keputusan dibuat untuk tidak membenarkan mereka meletakkan lagi rak jualan air mereka.
Maka saya dengan hati yang berat menelefon usahawan muda itu memberitahu tentang keputusan yang tlah dibuat. Maka mereka memohon untuk berjumpa dengan saya.
Dalam perjumpaan tersebut saya disyarah oleh 2 usahawan muda tersebut. Mereka kecewa dengan sikap masjid yng memotong peluanga mereka sedangkan mereka baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Senang saja orang memotong dengan meniru idea mereka.
Mereka meluahkan kejadian yang berlaku juga di Masjid yang lain dan juga sekolah. Mereka hairan mengapa mahu membunuh usahawan seperti mereka. Dan yang paling meyedihkan mereka dikenakan oleh sesama Islam.
Saya mendengar dengan teliti segala luahan mereka yang mengharap agar saya tidak bertindak kejam. terhadap mereka.
Apa yang saya boleh buat ialah menjanjikan atu sesi untuk mereka meluahkan segala pandangan mereka kepada ajk masjid. Namun saya mengingatkan mereka agar bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka mungkin terpaksa keluar dari masjid.
Mereka juga harus bersedia untuk menghadapi masalah yang sama di tempat-tempat lain. Dalam dunia perniagaan masalah sebegitu adalah perkara biasa. Tiada peluang yang bagus yang tidak akan ditiru oleh pesaing, itu adat perniagaan.
Saya juga mengingatkan mereka bahawa mereka punya banyak kelebihan untuk mengolah perniagaan mereka kearah lain yang menjamin kesinambungan mereka dalam industri itu.
Mereka sudah punya banyak rantaian dalam industri yang memungkinkan mereka menawarkan kemudahan kepada pihak masjid yang mahu berniaga dengan menjual kelengkapan dan air minuman secara borong.
Yang pentingnya kita harus berfikiran terbuka dan mengangap masalah adalah proses membesar dan mematangkan mereka dalam dunia perniagaan. Masalah juga mengajar mereka bersikap kreatif dan proaktif yang amat diperlukan oleh semua para usahawan.
Alhamdulillah mereka faham dan bersemangat semula untuk meredah onak duri keusahawanan.
Saya yakin mereka akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti melihatkan sikap mereka yang terbuka mendengar pandangan dari orang lain.
MENDIDIK, MEMBIMBING DAN MELAHIRKAN PEWARIS PERNIAGAAN KITA
Membentuk Sifat Keusahawanan Anak-Anak
Salahsatu perkara yang amat penting untuk mendidik anak-anak kita menjadi usahawan ialah dengan menanam cara berfikir yang betul dan positif terhadap anak-anak kita. Kita haruslah menyemai anak-anak dengan sikap percaya dengan keupayaan sendiri, mempunyai keazaman untuk berusaha mendapatkan apa yang diingini dan dicita-citakan.
Langgan:
Ulasan (Atom)