SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Isnin, 17 Oktober 2011

ILMU....ILMU...ILMU.....


3 Faktor Utama Kegagalan Bisnes MLM

Any successful entrepreneur will tell you that in order to be successful, you have to want to be successful and have a reason why you want to obtain success.
Setiap usahawan pernah menghadapi kegagalan. Ada yang gagal sekali, kemudian berjaya dalam percubaan kedua. Ada juga yang gagal berkali-kali tetapi masih tidak berputus asa kerana mereka percaya mereka boleh berjaya. Cuma masa masih belum tiba masanya.
Saya juga sama seperti usahawan-usahawan MLM yang lain, melalui liku-liku kegagalan dalam bisnes. Sedarkah kita, apabila kita gagal dalam sesuatu, maka kita lebih cenderung untuk mencari ubat ajaib atau magik bagi menyempurnakan hajat yang kita idamkan?
Sebagai contoh, apabila kita gagal dalam bisnes MLM buat kali pertama, kita akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Apa yang menariknya, di sini kita akan lebih teruja untuk mendapatkan sistem-sistem yang kononnya menjanjikan kejayaan dalam sekelip mata.

Persoalannya sekarang… Kita sudah dapat lihat begitu banyak kegagalan dan tipu helah apabila menceburi perniagaan MLM. Adakah masih ada jalan untuk anda berjaya?

Anda Masih Mampu Untuk Kecapi Impian Dengan MLM

Saya tidak akan tabur janji-janji kosong kepada anda tetapi saya masih lagi berpegang kuat dan percaya bahawa masih lagi ada jalan untuk anda kecapi kejayaan. Bagaimanapun, ia memerlukan perubahan secara perlahan-lahan.
Apakah perubahan yang saya maksudkan ini?
Mengetahui faktor kegagalan… Kemudian mengubah kegagalan tersebut kepada faktor kejayaan. Konsep ini amat mudah untuk difahami. Jangan takut kerana apa yang perlu anda lakukan ialah betul-betul memahami 3 faktor kegagalan ini, kemudian bertindak segera bagi mengubahnya.

Faktor #1 – Kegagalan  Berkomunikasi

Ini adalah faktor kegagalan paling ketara yang dapat saya lihat apabila seseorang itu gagal dalam bisnes MLM. Terlalu ramai orang bergantung pada sistem yang disediakan oleh syarikat pengedar.
Bagi mendalami skil komunikasi yang efektif, maka anda perlu belajar bagaimana untuk bercakap dengan prospek anda atau ia lebih dikenali sebagai ‘first hand communication’. Ini juga sering disalah tafsir oleh segelintir usahawan MLM dimana mereka menganggap ‘first hand communication’ berkait rapat dengan ‘cold calls’ dan ‘personal calls’.
Bagi anda yang takut untuk bercakap, maka gunakan kuasa internet iaitu emel. Tahukah anda bahawa kajian di Amerika Syarikat menggunakan pemasaran emel sebagai senjata utama bagi membina hubungan yang baik antara prospek dan penaja?
Menerusi emel, ia membenarkan kita untuk berkomunikasi, berhubung, berkongsi pandangan serta nasihat dan memberikan motivasi tanpa perlu berjumpa dengan mereka.

#2 Peluang Perniagaan Yang Tidak Realistik

Ini bukan sahaja faktor kegagalan usahawan, tetapi ia juga telah memburukkan nama-nama besar syarikat MLM. Dalam zaman kemelesetan ekonomi ini, kebanyakkan syarikat pengedar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan senarai pengedar aktif dalam jangka masa yang singkat bagi menggandakan keuntungan mereka.
Oleh demikian, mereka rela menawarkan peluang-peluang perniagaan yang langsung tidak masuk akal. Salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah syarikat A dimana mereka menawarkan kereta-kereta mewah jika pengedar berjaya mendaftar downline baru dalam jangka masa yang ditetapkan.
Peluang tersebut nampak lumayan, tetapi sedarkah bahawa anda sebenarnya ke landasan hutang yang lebih besar? Bagi si pemula, amat mustahil untuk anda mencapai jumlah pendapatan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Jika anda mampu pun, ia hanya akan bertahan untuk jangka masa beberapa bulan sahaja.
Oleh itu, pastikan anda meneliti semula syarikat yang anda sertai. Adakah peluang perniagaan yang mereka tawarkan realistik dan mampu dikecapi? Atau sekadar tawaran manis semata-mata?

#3 Tiada Matlamat dan Tiada Minat

Setiap kejayaan didorong oleh matlamat yang jelas serta tindakan drastik. Tanyalah sesiapa sahaja yang sudah berjaya dalam perniagaan MLM mereka, sudah tentu mereka akan jelaskan bahawa seseorang itu hanya akan berjaya jika mereka tahu ‘Mengapa’ mereka harus berjaya.
Menceburkan diri dalam bisnes ini tidak hanya berkait pada kemewahan material semata-mata. Bagi saya, setiap orang mahukan masa mereka sendiri supaya mereka boleh lakukan apa yang mereka suka dan boleh lakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu risau tentang kerja.
Saya sentiasa mahu berjaya dalam apa jua yang saya lakukan termasuk bisnes MLM. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu risau tentang masalah wang dan masa. Kerana kita sepatutnya tidak perlu menjadi hamba duit.

Kesimpulannya…

Untuk berjaya dalam bisnes MLM serta berjaya dalam hidup, anda perlu hargai apa yang anda lakukan hari ini dan cuba untuk seronok melakukannya. Apabila anda mempunyai keghairahan untuk berbisnes, maka kegagalan bukanlah penghalang.
Sentiasa ingat bahawa perniagaan MLM adalah perniagaan jangka masa panjang. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dalam kumpulan anda. Jangan sesekali mementingkan diri sendiri. Cubalah yang terbaik untuk membantu kumpulan anda untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Tiada ulasan: