SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Selasa, 18 Oktober 2011

KEGAGALAN - PEMUSNAH ATAU PEMANGKIN KEJAYAAN?


Jika kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat lihat satu corak atau patterns yang telah mempengaruhi perjalanan hidup kita. Kebanyakkannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu, atau mungkin juga dari kekerapan berlakunya kegagalantu. Corak itu lah juga yang akan terus mempengaruhi masa depan hidup kita. Bak kata orang "Siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita"


Ingat lagi tak, masa kecik-kecik dulu lagi bila mula-mula nak belajar berjalan. Asyik-asyik jatuh je.  Tp bila jatuh berusaha bangun balik then jatuh lagi. X  penah kenal erti putus asa. Ade kalanya bila kita jatuh kita senyum je & bangun berjalan balik. Jalan beberapa langkah, jatuh balik. Tp, masa tu jatuh silap landing & terhentak pulak kepala kat lantai. Puas kita nangis, tp.. bukan bermakna kita akan berhenti belajar berjalan sebab kesakitan tu.. Tak lama pastu bangun balik berjalan sikit-sikit sampai la satu masa tu kita dah x jatuh lagi. Jalan laju-laju, lompat-lompat dan kadang-kadang berlari-lari keriangan. Seronoknya rasa bila dah x jatuh-jatuh lagi & berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. Tapi, bila dah seronok-seronok..dah cukup pandai berjalan & berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan kita pun terjatuh. Dari kecil lagi, Allah dah mengajar kita ertikegagalan, usaha dan tak kenal erti putus asa. Tapi, bila kita dah berjaya...lupa diri, lupa yg kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. Masa tu baru nak sedar & baru nak menangis. Mungkin ade peluang kedua dan mungkin jugak masa tu semua pintu peluang dah tertutup. Fikir-fikirkan la k.

Ingatlah, kanak-kanak tidak pernah kenal erti gagal bila mereka belajar berjalan. Mereka jatuh, jatuh, jatuh & jatuh. Kejatuhan tu jugak la yang telah mengajar mereka dan membuatkan mereka lebih kuat. Mungkin masa mula-mula jatuh, mesti nangis. Tp, lama-lama tu bila jatuh je cepat-cepat bangun & x nangis lagi. Setiap kegagalan tu adalah proses pembelajaran. Semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar & pengajaran diatas setiap kegagalan tu, semakin pantas kita dapat mencapai impian dan cita-cita kita. Dan sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu pembelajaran yang xkan pernah tamat.

Para-para sahabatku...

"Jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kau terus berjaya dan menjadi manusia-manusia berguna di muka bumi nie..."

Tiada ulasan: