SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Isnin, 17 Oktober 2011

ADAKAH ANDA TERGOLONG DIDALAM CIRI-CIRI BERIKUT???

Budaya keusahawanan
Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.
Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.
Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:
  • Berani mengambil risiko.
  • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
  • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
  • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
  • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
  • Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
  • Pandai merancang kehadapan.
  • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
  • Kreatif dan inovatif.
  • Tidak pemalu.
  • Cekap berkomunikasi.
  • Rajin bekerja.
  • Cekap membina jaringan (networking).
  • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
  • Cekap dan cepat membuat keputusan.

Tiada ulasan: