SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Ahad, 16 Oktober 2011

KEGAGALAN ADALAH PENGALAMAN MENUJU KEJAYAAN

Cabaran sebagai usahawan


Tadi saya berjumpa dengan 2 orang usahawan muda yang menjalankan perniagaan menjual air minuman dengan meletakkan rak yang berisi dengan botol kecil air mineral di masjid-masjid dan sekolah-sekolah di selangor.


Di tepi rak disediakan tabung untuk dimasukkan wang pada sesiapa yang berminat membeli air yang mereka jual dengan harga RM1.00 sebotol. Hasil jualan akan diberikan sebanyak 10% kepada masjid atau sekolah yang mereka tumpang.

Malangnya bagi mereka masjid yang saya uruskan halehwal ekonomi telah membuat keputusan untuk menjalankan sendiri jualan air minuman tersebut dan seluruh hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung masjid. Dalam mesyuarat keputusan dibuat untuk tidak membenarkan mereka meletakkan lagi rak jualan air mereka.

Maka saya dengan hati yang berat menelefon usahawan muda itu memberitahu tentang keputusan yang tlah dibuat. Maka mereka memohon untuk berjumpa dengan saya.

Dalam perjumpaan tersebut saya disyarah oleh 2 usahawan muda tersebut. Mereka kecewa dengan sikap masjid yng memotong peluanga mereka sedangkan mereka baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Senang saja orang memotong dengan meniru idea mereka.

Mereka meluahkan kejadian yang berlaku juga di Masjid yang lain dan juga sekolah. Mereka hairan mengapa mahu membunuh usahawan seperti mereka. Dan yang paling meyedihkan mereka dikenakan oleh sesama Islam.

Saya mendengar dengan teliti segala luahan mereka yang mengharap agar saya tidak bertindak kejam. terhadap mereka.

Apa yang saya boleh buat ialah menjanjikan atu sesi untuk mereka meluahkan segala pandangan mereka kepada ajk masjid. Namun saya mengingatkan mereka agar bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka mungkin terpaksa keluar dari masjid.

Mereka juga harus bersedia untuk menghadapi masalah yang sama di tempat-tempat lain. Dalam dunia perniagaan masalah sebegitu adalah perkara biasa. Tiada peluang yang bagus yang tidak akan ditiru oleh pesaing, itu adat perniagaan.

Saya juga mengingatkan mereka bahawa mereka punya banyak kelebihan untuk mengolah perniagaan mereka kearah lain yang menjamin kesinambungan mereka dalam industri itu. 
Mereka sudah punya banyak rantaian dalam industri yang memungkinkan mereka menawarkan kemudahan kepada pihak masjid yang mahu berniaga dengan menjual kelengkapan dan air minuman secara borong.

Yang pentingnya kita harus berfikiran terbuka dan mengangap masalah adalah proses membesar dan mematangkan mereka dalam dunia perniagaan. Masalah juga mengajar mereka bersikap kreatif dan proaktif yang amat diperlukan oleh semua para usahawan.

Alhamdulillah mereka faham dan bersemangat semula untuk meredah onak duri keusahawanan.

Saya yakin mereka akan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti melihatkan sikap mereka yang terbuka mendengar pandangan dari orang lain.

Tiada ulasan: