SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Jumaat, 10 Jun 2011



TIAP SESUATU BERMULA DENGAN NIAT.

Ingin tahu cara untuk mencapai tujuan anda secara terancang? Ikuti panduan berikut: Catatkan apa yang anda mahukan. Senaraikan. Niatkan bahawa anda ingin mencapai apa hajat anda. Ini adalah berhubungan dengan psikologi – ANDA AKAN MENDAPATKAN APA YANG ANDA FOKUSKAN. Jelaskan matlamat anda. Fokuskan matlamat yang terpenting. Apa yang anda catatkan itu akan menjadi niat atau matlamat anda – supaya anda tidak lari dari tujuan utama anda.

Ingatlah, apa yang anda catatkan sebagai niat anda, ia sebenarnya merangsang saraf dan sel otak dan ingatan anda, menjadi impian anda yang dan merupakan panduan bagi anda untuk bertindak. Otak anda hebat. Ingat. Berbillion sel dalam otak anda akan memandu anda untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan.

Tiada ulasan: