SALAM PERKENALAN

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

pengikut

Jumaat, 3 Jun 2011

SETINGGI MANA KEMAHUAN KITA UNTUK BERJAYA??

1 perkara yang anda perlu ada kalau ingin menjalankan atau berjaya dalam MLM

Hari ini kalau ditanya kepada ramai, “apakah 1 perkara yang perlu ada sebelum kita boleh menjalankan bisnes MLM?”. Antara jawapan yang selalu kita peroleh ialah, “modal, dan skill.” Mereka kata, “kalau ada skill baru boleh buat bisnes”. Atau pun mereka akan berkata,”kalau ada modal baru boleh buat bisnes”. Adakah itu benar?

Sekali pandang memang ada benarnya, tetapi sebenarnya bukan itu yang perlu ada dahulu sebelum kita boleh mulakan bisnes MLM ini. Perkara pertama yang perlu ada kalau kita ingin menjalankan bisnes MLM ialah “kemahuan”.

Kita buat sesuatu sebab kita mahu. Tidak kira sama ada kita mempunyai kelengkapan seperti modal atau skill atau pun tidak, kita akan buat juga sebab kita mahu.

Lihat contoh, kenapa kita mahu kahwin, sebab kita ‘mahu’ akan pasangan kita itu, bukannya sebab kita dah ada duit. Daripada tidak ada duit, kita akan berusaha mendapatkannya, kadang-kadang sampai berhutang, kerana kita mahu kahwin.

Hari ini pun ramai yang belum kahwin walaupun sudah mempunyai kewangan yang cukup, kenapa? Ya! mereka belum ada kemahuan.

Samalah juga situasi sewaktu kita belajar berbasikal atau pun berenang. Adakah sebab kita sudah ada skill berenang atau berbasikal maka barulah kita hendak belajar menunggang basikal atau berenang. Sudah tentu tidak bukan.

Mana datangnya skill kalau kita tidak berusaha mendapatkannya. Kenapa kita cuba juga mendapatkan skill berenang atau pun berbasikal? Ya! kerana kita mahu.

Tiada ulasan: